Wednesday, July 9, 2008

Seminar di Grand Seasons Hotel




Pada 25 june 2008 kamek berkesempatan untuk mengikuti Seminar Isu-isu SemasaTamadun IPTA/IPTS Peringkat kebangsaan Di Hotel Grand Seasons Jalan Pahang. Dalam seminar beberapa tokoh terkenal tanahair membentangkan kertas kerja mereka.. Antaranya Prof Dr. Dato' Osman Bakar.. Menarik isu-isu yang dikupas beliau dalam seminar ini.. tak rugi rasanya datang dari jauh naik 'belon'.hehehe. Dan masa seminar kamek terserempak dengan seseorang yang memang kamek nak jumpa selepas balik jordan.. Akhirnya kamek dapat jumpa masa seminar tu.. Iaitu Ayahanda Ustaz Zuridan b Daud. Ingat dapat jumpa Dr Nur tapi, tak dapat sebab dia ada urusan dan kamek kena balik semula ke serawak. maaf ustaz Zuridan ana tak dapat jumpa ustaz dulu sebab nak cepat ke KLIA untuk naik belon..lain masa kita jumpa lagi.. InsyaAllah...

Ramah mesra dengan Dato' KP





Pada 3 Julai 2008 bertempat di Hotel Hilton Kuching telah diadakan satu majlis perjumpaan seluruh kakitangan JAKIM Cawangan Sarawak serta Pegawai-pegawai Kader JAKIM yang ditempatkan di agensi-agensi serta jabatan-jabatan di sekitar bandaraya Kuching bersama dengan Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Alhamdulillah dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat seperjuangan di bumi kenyalang nie..

Sambutan Hari Gawai

pada 21 june yang lepas kamek dapat jemputan ke Majlis Sambutan Hari Gawai anjuran Unit Saudara Kita (USK) bagi saudara kita. Buat pengetahuan kawan2 saudara kita nie ada bermacam2 etnik dan kaum . Antaranya bidayuh,melanau,iban,orang hulu dan melayu sarawak. So program ini dianjurkan bertujuan meraikan dan menghormati budaya keluarga mereka turun temurun.. Tp masa program tek sik da tuakla.haha. Video tue tarian2 bagi suku kaum di Sarawak dan semua persembahan pada hari tue telah di Islamkan. ;). Menarik dan boleh di contohi!