Thursday, June 12, 2008

100 Days 100 Cars Dihentikan Untuk Sementara


Alhamdulillah.. Langkah yang bijak yang diambil oleh Celcom Malaysia.. dengan langkah ini dapat menghindari ummat Islam terus terjebak dalam judi arus moden ini.. Bolehlah baca berita dibawah ini...

KUALA LUMPUR: Celcom Mobile Sdn Bhd (Celcom Mobile) semalam, mengumumkan menghentikan sementara 'Peraduan Celcom 100 Hari 100 Kereta' untuk semua penyertaan baru, bermula tengah malam tadi sehingga 17 Jun 2008.

Syarikat itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata pelanggan yang sudah mendaftar bagi promosi terbabit, masih boleh menyambung penyertaan mereka dalam peraduan itu sehingga 17 Jun ini.

"Pelanggan yang berhasrat untuk menarik diri daripada menyertainya boleh berbuat demikian dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) STOP ke 22222," katanya.


Peraduan anjuran Celcom yang berlangsung sejak 2 Jun lalu itu menawarkan sebuah Toyota Camry 2.0E setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pelanggan pasca bayar dan prabayar yang menyertainya.

Bagi memenangi hadiah itu, pelanggan Celcom hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Pelanggan yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi mata dan berpeluang dipilih sebagai pemenang.

Peserta dengan mata tertinggi berpeluang memenangi sebuah Toyota Camry setiap hari dan setiap setiap jawapan yang dihantar akan dikenakan bayaran RM5.

Bagaimanapun, pada 10 Jun lalu, Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta Celcom menghentikan sementara peraduan berkenaan sehingga keputusan muktamad sama ada ia menyalahi hukum syarak atau tidak, dibuat pada 17 Jun ini.

Pengerusi panel kajian itu, yang juga Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata pemberhentian itu wajar, sementara panel berkenaan meneliti terma dan syarat peraduan yang dikemukakan Celcom.

No comments: